Al-Qassam kembali kuasai drone milik zionis Israel

HARAKAHDAILY | .

MINGGU 20 September 2015, seorang sumber yang dekat dengan Hamas mendedahkan bahawa pejuang Al-Qassam kembali berjaya menguasai sebuah pesawat milik zionis Israel yang jatuh kira-kira 2 bulan yang lalu.

Dalam keterangan sumber Al-Qassam yang tidak mahu didedahkan namanya menyatakan bahawa ini adalah pesawat pengintip yang berjaya dikuasai oleh para jurutera mereka, setelah pada bulan Julai lalu berjaya ditembak jatuh di kawasan Beit Lahia pinggir bandar Gaza.

Menurut sumber tersebut sebagaimana dilaporkan laman web Eramuslim, pesawat tersebut jatuh di tanah milik seorang petani Gaza dan kemudian diserahkan kepada pejuang Al-Qassam untuk dipelajari.

Sementara itu hingga kini Briged Al-Qassam belum mahu mengeluarkan pendapat mengenai berita kejayaan juruteranya menguasai pesawat kedua milik zionis Israel yang jatuh di wilayah Gaza.

Perlu diketahui bahawa pada 13 Ogos lalu Hamas menerbitkan sebuah video yang memperlihatkan seorang pejuang Al-Qassam telah berjaya menguasai pesawat pengintip milik zionis Israel yang jatuh di selatan bandar Ashkelon.

Berikut video tersebut

Share on Myspace