Kelantan rancang pembangunan di pinggir sungai

RIZAL TAHIR | .

TANAH MERAH: Kerajaan negeri mengenal pasti kesesuaian pembangunan termasuk projek perumahan di persekitaran sepanjang Sungai Kelantan.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata ada beberapa kawasan yang berpotensi dibangunkan projek perumahan untuk memenuhi keperluan rakyat.

“Selain itu pembinaan jambatan bagi menghubungkan antara kampung di seberang sungai perlu diberi perhatian bagi merancakkan pembangunan setempat,” katanya ketika ditemui selepas program menyusuri Sungai Kelantan dari Kuala Krai ke Tanah Merah, hari ini.

Program itu turut disertai Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Faudzi Che Mamat, anggota-anggota Exco, Datuk Abdul Fattah Mahmood, Mejar (B) Datuk Md Anizam Abd Rahman, Datuk Che Abdullah Mat Nawi.

Selain itu Pengarah Pejabat Tanah dan Galian, Datuk Nazran Muhammad, Ketua Jajahan Tanah Merah Dr Hamad Che Muda dan Ketua Jajahan Kuala Krai, Tengku Azmi Tengku Jaafar.  

Program menyusuri Sungai Kelantan bermula di Tangga Krai berakhir di pinggir Kota Harmoni, Tanah Merah. Ia mengambil masa sejam setengah.

Sepanjang perjalanan itu ada bot rombongan yang tersangkut disebab perairan yang cetek akibat berlaku longgokan pasir.

Mohd Amar berkata berdasar tinjau tersebut didapati banyak kawasan di sekitar sungai Kelantan boleh dimajukan bagi kepentingan rakyat setempat.

“Sungai Kelantan juga memberi sumber pendapatan kepada kerajaan negeri melalui punggutan hasil pasir,” katanya.

Oleh itu beliau mencadangkan PTG menyediakan kertas kerja bagi mengkaji sejauh mana industri pasir di Sungai Kelantan dapat menyumbang pendapatan tambahan kepada kerajaan negeri. - HARAKAHDAILY 22/9/2015

Share on Myspace