Presiden PAS lawat operasi cari pelajar Orang Asli hilang

HARAKAHDAILY | .

GUA MUSANG: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meninjau misi kemanusiaan mencari tujuh orang anak Orang Asli di Kampung Tohoi, Kuala Betis, Gua Musang yang hilang sejak sebulan lalu.

Dalam tinjauan Ops Tohoi hari ke-31 semalam, taklimat disampaikan oleh Ketua Polis Daerah Gua Musang dan Pengarah Bomba Negeri Kelantan dalam Ops Tohoi dalam misi menyelamatkan dan mencari mangsa dari perkampungan Orang Asli itu yang masih belum dapat dikesan.

Mereka adalah pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Tohoi yang terdiri daripada Juvina David, 7, Sasa Sobrie, 8, Haikal Yaacob, 8, Linda Rosli, 8, Ika Ayel, 9, Noreen Yaacob, 10 dan Mirsudiar Aluj, 11. - HARAKAHDAILY 23/9/2015

Share on Myspace