Mari selamatkan Masjid al-Aqsa

SAIDAH HAIRAN | .

AMPANG: Yayasan Amal Malaysia menyokong penuh kempen Global Selamatkan al-Quds bersama 30 NGO lain ekoran tindakan menyerbu dan menguasai Masjid al-Aqsa.

Ketua Urusan Palestin, Dr Halimah Ali menegaskan rampasan hak oleh teroris Zionis terhadap umat Islam itu sangat tidak menghormati hak kemanusiaan.

Beliau menegaskan, Yayasan Amal Malaysia bersama 30 NGO mengutuk tindakan zalim berterusan Zionis Israel menjajah rakyat Palestin dan tidak menghormati hak kemanusiaan.

Katanya, Yayasan Amal  berharap pihak berwajib memainkan peranan dengan memberi tekanan kepada  Israel menghentikan serta merta tindakan pencabulan hak umat Islam sejagat .

Sementara itu tambah beliau, Yayasan Amal akan menggerakkan cawangannya untuk berkempen seluruh negara bagi membantu kempen Selamatkan al-Quds.

"Kempen ini akan dilakukan dalam kalangan wanita; remaja; belia serta komuniti masjid dan surau," katanya.

Beliau mewakili Yayasan Amal Malaysia bersama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) serta NGO lain antaranya  Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah mengadakan mesyuarat kempen Selamatkan Al Quds di hotel D Palma, Ampang.

Hal ini kerana katanya, masjid al-Aqsa telah diserang  oleh Israel dan mengambil bahagian tertentu Masjid al-Aqsa untuk menjadi rumah ibadat mereka. – HARAKAHDAILY 23/9/2015

Share on Myspace