Rempuh: 310 jemaah haji dikhuatiri maut, 450 cedera

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Kira-kira 310 orang jemaah dikhuatiri terbunuh dan 450 lagi cedera apabila jemaah haji berempuh-rempuhan semasa mengerjakan ibadah haji di Arab Saudi, hari ini.

Demikian laporan Al-Jazeera yang memetik kenyataan pihak berkuasa pertahanan awam Arab Saudi.

Sementara itu, Bernama melaporkan kejadian rempuh-rempuhan itu berlaku apabila bilangan besar jemaah berasak-asak di Mina, di luar bandaraya suci Makkah.
    
Kejadian itu berlaku di Street 204 di pusat perkhemahan Mina, beberapa kilometer ke timur Makkah, di mana jemaah lazimnya menginap beberapa hari sebelum cara kemuncak musim haji bermula.

Tiada jemaah haji Malaysia disahkan terbabit dalam kejadian rempuhan di Mina setakat ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Arsyad Wajdi Dusuki.

Share on Myspace