Rempuhan di Mina: Angka korban meningkat 717 orang

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya 717 jemaah haji terkorban dalam insiden rempuhan di Mina, Arab Saudi.

Menurut Direktorat Pertahanan Awam Arab Saudi, ini kerana jumlah kematian terus meningkat.

Memetik laporan Al-Jazeera, direktorat itu berkata sekurang-kurangnya 863 jemaah lain cedera dalam rempuhan pada Khamis yang berlaku di Mina, pinggir kota suci Makkah.

Mangsa yang cedera telah dipindahkan ke empat buah hospital berlainan di sekitar Mina, menurut jurucakap pertahanan awam.

Share on Myspace