Sukar korban perasaan dalam jamaah

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Nabi Ibrahim a.s. contoh bapa yang teguh dengan keimanan kepada Allah SWT sementara Nabi Ismail a.s. pula lambang anak yang soleh yang tidak membantah arahan bapanya.

Siti Hajar seorang ikon isteri solehah yang sanggup ditinggal oleh suaminya kerana yakin Allah SWT akan memelihara beliau dua beranak.

"Inilah keimanan dan keyakinan, walaupun manusia anggap tidak logik, demikian juga perjuangan menegakkan agama Allah SWT," tulis Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad menerusi laman facebook.

Justeru, bagi beliau memang agak mudah untuk korban binatang ternakan tetapi sukar untuk korban perasaan sama ada ketika di dalam kehidupan bermasyarakat atau berjamaah.

"Bukan senang untuk korban membuang ego, menurunkan darjat kedudukan, merai pandangan orang lain, buang perasaan diri kita sahaja yang bijak, anggap kita yang banyak berjasa dalam perjuangan," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang. - HARAKAHDAILY 27/9/2015

Share on Myspace