Turki tentang Assad jadi pemimpin peralihan Syria

HARAKAHDAILY | .

TURKI menentang dasar Syria memberikan kuasa kepada Bashar Al-Assad pada masa pemerintahan peralihan.

Semalam, Turki mengecam Assad akibat serangannya di Syria menewaskan banyak korban pada 2011.

Semasa menghadiri sidang PBB pada Ahad lalu, Ahmet Davutoglu berkata, Turki akan menerima penyelesaian apa-apa untuk konflik Syria, asalkan tidak mengangkat Assad sebagai pemimpin sementara.

Seperti dikutip dari SaudiGazette, Turki berpendapat kuasa itu boleh bersifat kekal.

Ankara telah lama mengecam Assad atas krisis kemanusiaan di Syria. Turki adalah rumah bagi 2 juta pelarian Syria.

Presiden Turki Recep Tayep Erdogan berkata, tidak ada yang boleh meramalkan masa depan Syria dengan Assad kerana dia harus bertanggung jawab atas 350,000 warga Syria.

David Cameron berkata, Assad boleh menjadi sebahagian daripada kerajaan peralihan namun tidak sampai jangka waktu yang lama. (Islampos)

Share on Myspace