17 kawasan catat IPU tidak sihat setakat 11 pagi

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Sebanyak 17 kawasan mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat berikutan keadaan jerebu setakat 11 pagi ini.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan yang mencatatkan bacaan IPU paling tinggi adalah di Bukit Rambai, Melaka iaitu 148.

Beberapa kawasan di Johor yang mencatatkan tahap IPU tidak sihat adalah Kota Tinggi dengan bacaan 103, Larkin Lama (116), Muar (118) dan Pasir Gudang (127).

Di Melaka, Bandaraya Melaka mencatatkan bacaan 138, Bukit Rambai (148) sementara di Negeri Sembilan pula, Nilai mencatatkan bacaan 118, Port Dickson (143) dan Seremban (117).

Di Pahang pula, Balok Baru mencatatkan bacaan 133 dan Indera Mahkota (103) manakala di Banting, Selangor mencatatkan bacaan 128, Pelabuhan Kelang (104) dan Shah Alam (108).

Dua kawasan di Terengganu iaitu Kemaman mencatatkan bacaan 125 dan Paka (112) sementara di Putrajaya pula 111. - HARAKAHDAILY 30/9/2015

Share on Myspace