Malaysia perlu juarai isu Masjid Al-Aqsa

ASLANI M | .

KOTA BHARU: Negara-negara Arab dan umat Islam perlu bersatu bagi menghentikan pencerobohan Yahudi Israel terhadap kesucian Masjidi Al Aqsa.

Zionis Israel sekarang berusaha menghadkan sempadan masa dan zon di Masjidi Al Aqsa, yang menjadi kiblat pertama umat Islam.

Presiden Pertubuhan Cakna Palestin Malaysia, Wan Mohd Sharafi Wan Mustaffa berkata, Yahudi sedang berusaha untuk menjadikan Masjidi Al Aqsa untuk kegunaan bersama antara umat Islam dan Yahudi.

Katanya, pelbagai usaha dan langkah diambil umat Islam bagi meyuarakan bantahan terhadap tindakan Zionis yang menzalimi jemaah di Masjidil Aqsa semenjak 13 September lalu.

“Pencerobohan tentera Isreal sejak kebelakangan ini sepatutnya membuka mata umat Islam di seluruh dunia.

“NGO-NGO di negara ini telah melancarkan program 'Kempen Global Selamatkan Al-Quds'  di Kuala Lumpur baru-baru ini,” katanya di sini.

Wan Mohd Sharafi juga berkata, kerajaan perlu mengambil langkah-langkah lebih proaktif dan berani bagi menyatakan pendirian Malaysia terhadap isu terbabit di peringkat serantau dan antarabangsa.

Katanya, Malaysia perlu memanfaatkan kedudukan sebagai Pengerusi Asean, ahli Majlis Keselamatan PBB dan anggota OIC bagi mengetuai bantahan terhadap kekejaman Israel. - HARAKAHDAILY 1/10/2015

Share on Myspace