H60K: Mengapa Fastaqim selepas Kongres Rakyat?

ROY RASUL | .

 

KUALA LUMPUR: Seluruh rakyat dan ahli PAS perlu menyertai Himpunan Fastaqim (H60K) pada 17 Oktober ini di Stadium Sultan MUhammad IV, Kota Bharu Kelantan bagi menjayakan himpunan.

Ditanya mengapa adanya Himpunan Fastaqim ini, Setiausaha Jawatankuasa Pelaksana Himpunan Fastaqim, Nasrudin Hassan berkata, Kongres Rakyat adalah anjuran Gabungan NGO dan PAS meletakkan diri sebagai penggerak dan penyokong kuat hasrat NGO tersebut untuk mencetus gelombang perubahan ke arah Membina Malaysia Sejahtera.

Kongres Rakyat kata beliau berlangsung dalam format perbahasan usul dan wacana pemikiran secara analitikal untuk mencetus pelan bertindak rakyat secara umum ke arah mencapai matlamat yang digariskan.

Sementara Fastaqim pula katanya, adalah anjuran PAS dan berorientasi mempersiapkan pemimpin, ahli dan seluruh jentera dan penyokong PAS menghadapi PRU14.

"Justeru Fastaqim bukan sebarang himpunan. Tidak pula untuk berpesta dan jauh sekali untuk habiskan masa tenaga kepada perkara yang lagha dan hanyut.

"Sebaliknya ia adalah himpunan bagi mencetuskan momentum kebangkitan PAS bersama rakyat Memimpin Gerakan Perubahan ke arah membina Malaysia sebagai sebuah negara yang selamat, aman, sejahtera, makmur dan diberkati serta diredhai Allah swt," katanya. - HARAKAHDAILY 1/10/2015.

Ikuti kupasan lanjut wawancara bersama Ketua Penerangan PAS ini dalam keluaran Harakah 2085 di pasaran Sabtu ini.

Share on Myspace