Kita mesti yakin pertolongan akan datang daripada Allah

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: "Kita yang terlibat di dalam perjuangan Islam mesti yakin pertolongan yang akan datang daripada Allah SWT.

"Oleh itu kita buktikan dengan mengadakan hubungan yang baik dengan Allah SWT melalui amalam qiamullail, sunat, puasa sunat dan bersedekah," ujar Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Dengan ini, tegasnya akan menghilangkan keraguan terhadap kemampuan Islam untuk mentadbir dunia.

Sehubungan itu, katanya perangai buruk kita jangan ditunjukkan kepada orang lain, sama ada melalui tulisan, percakapan, pergaulan.

"Kita sering berdoa semoga Allah menutup keaiban kita kerana sebagai insan biasa memang tidak akan sunyi daripada kecacatan.

"Oleh itu peliharalah diri kita supaya tidak terpalit dengan kelakuan yang tidak baik," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang menerusi facebook. - HARAKAHDAILY 2/10/2015

Share on Myspace