Masjid Al-Aqsa: PAS bersama rakyat Malaysia bersolidariti

WAN NORDIN WAN YAACOB | .

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohammad berkata Masjid Al-Aqsa disebut Allah kerana kemuliaan Aqsa sebagai kiblat pertama umat Islam.

 Di sini, kata beliau PAS bersama dengan rakyat Malaysia bersolidariti dengan umat Islam di Palestin.

Beliau menyatakan demikian pada Himpunan Mengutuk Kekejaman Israel Dan Selamatkan Masjid Al-Aqsa anjuran PAS yang disertai kira kira 1,000 di hadapan Masjid Jamek dekat sini  usai solat Jumaat tadi.

Katanya, Masjidil Aqsa diceroboh Israel laknatullah dan beliau meminta semua peserta himpunan bersolat hajat memohon pertolongan Allah dalam menyelamatkan Aqsa.

Sementara itu Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh pula memulakan ucapan dengan menyebut sejarah Islam membuktikan Islam memberi keadilan kepada orang Islam dan bukan Islam.

Namun, katanya pemerintah bukan Islam tidak pernah adil kepada Islam malah isu di Palestin membuktikan bahawa umat Islam ditindas.

Kata beliau, kesengsaraan umat Islam Palestin adalah luka umat Islam di negara ini juga.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Muhammad Khalil Abdul Hadi menyampaikan amanat.

"Hari ini Masjidil Aqsa dalam bahaya, apa yang berlaku di serata dunia Islam tetapi isu atau ibu kepada dunia Islam adalah isu Palestin.

"Himpunan pada hari ini saksi kepada Allah bahawa kita bersama dengan saudara di Palestin," sambil menyifatkan kebersamaan membebaskan Palestin. - HARAKAHDAILY 2/10/2015

Share on Myspace