Bersatu bebaskan Masjid Al-Aqsa - Nik Abduh

WAN NORDIN WAN YAACOB | .

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS Malaysia, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menegaskan bahawa adalah menjadi tanggungjawab umat Nabi Muhammad SAW untuk bersatu membebaskan Masjid Al-Aqsa.

Kata beliau, Israel menceroboh Palestin sejak puluhan tahun lamanya dengan membunuh umat Islam di sana dan merampas tanah selain Masjid Al-Aqsa dirampas sedikit demi sedikit.

Beliau menyatakan demikian pada Himpunan Mengutuk Kekejaman Israel Dan Selamatkan Masjid Al-Aqsa anjuran PAS yang disertai kira kira 1,000 di hadapan Masjid Jamek dekat sini  usai solat Jumaat tadi.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut menyeru rakan-rakan di seluruh Malaysia mengadakan bantahan ke atas pencerobohan Al-Aqsa.

Beliau juga menyentuh tentang sirah kewujudan Bani Israel.

Sebelum himpunan ditutup, Pengarah Penerangan PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad menjemput Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohammad membacakan doa.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan pihak keselamatan yang mengawal lalu lintas. - HARAKAHDAILY 2/10/2015

Share on Myspace