Tahaluf siyasi bukan perkara baru bagi PAS

ASLANI M | .

RANTAU PANJANG: Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata tahaluf siyasi yang PAS lakukan bukan perkara baru kerana ia pernah dijalankan dengan Nasma dan CCC pada 1986.

Menurutnya tahaluf bukan perkara baru yang hanya dilaksanakan pada 2008 sahaja selepas munculnya Pakatan Rakyat.

Kata beliau juga tahaluf siyasi dengan DAP merupakan strategik dan ia bukan prinsip.

Ahli Parlimen Bukit Gantang itu menyatakan demikian ketika membentang kertas kerja pada Munaqasah Ucapan Dasar Presiden di Markas PAS Rantau Panjang di sini, hari ini.

“Strategik itu ialah benda seni. Majlis Syura Ulamak putuskan berdasar kepada strategik. Sebab itulah sejak zaman Prof Dr Zulkifi Muhammad lagi beliau mencadangkan diwujudkan ahli bersekutu namun tidak diterima jemaah ketika itu.

“Namun sekarang selepas berpuluh tahun barulah ada kesedaran membuka keahlian PAS sebagai ahli bersekutu sehingga muncul Dewan Himpunan Penyokong PAS,” katanya. - HARAKAHDAILY 3/10/2015

Share on Myspace