PAS tubuh NGO Generasi, fungsi lebih luas

WAN NORDIN WAN YAACOB | .

KUALA LUMPUR: PAS telah menubuhkan satu lagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di bawah Lajnah Tanah Peneroka Bandar dan Orang Asal yang dinamakan Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan (Generasi).

Pengumuman dibuat oleh Pengerusi Lajnah Tanah Peneroka Bandar dan Orang Asal PAS Pusat, Razman Zakaria dalam sidang media di Pejabat Agung PAS Pusat hari ini.

NGO itu diketuai Presidennya, Roslan Md Esa yang juga Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Sementara perasmiannya akan disempurnakan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada November ini.

Katanya, bertemakan Memangkin Impian Generasi, pertubuhan itu bukanlah pengganti NGO Pertubuhan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).

Sebaliknya kata Roslan, Generasi adalah berfungsi dengan lebih luas bukan sekadar isu Felda sebaliknya isu-isu tanah, tanah adat, agensi kerajaan berkaitan tanah dan warisan dan juga isu isu semasa membabitkan warisan. - HARAKAHDAILY 3/10/2015

Share on Myspace