LDPP sasar PAS ungguli kerja dakwah

WAN NORDIN WAN YAACOB | .

KUALA LUMPUR: Lajnah Dakwah PAS Pusat berazam melahirkan dua't yang bakal menjadi pemudahcara dakwah dan merealisasikan hasrat, matlamat dan objektif PAS sebagai gerakan dakwah unggul di setiap negeri seluruh negara.

Setiausaha LDPP, Ustaz Mohammad Ibrahim berkata, pihaknya telah mula menggerakkan usaha itu dengan menunaikan hasrat Lajnah Dakwah PAS Johor menganjurkan bengkel Pemantapan Duat bagi PAS Johor di Simpang Renggam 2 Oktober lalu.

"Alhamdulillllah selesai satu Prog Bersama Team Lajnah Dakwah PAS Negeri Johor- Bengkel Pemantapan Dua't di Simpamg Renggam," katanya ketika menghubungi Harakah 3 Oktober.

Kata beliau program itu dihadiri semua Pengerusi Lajnah Dakwah Kawasan dan Dewan seluruh Johor.

Menurutnya lagi, LDPP dalam proses melestari dan mempertingkatkan kemantapan pendakwah yang mewakili PAS dan NGO dibawahnya iaitu Tautan Rahmat dalam melunaskan hasrat memastikan kesinambungan kerja dakwah mencapai kejayaan.

Sasarannya kata beliau adalah untuk menjadikan PAS sebagai satu badan dakwah yang terunggul pada tahun 2020.

Lajnah Dakwah kata beliau akan memastikan dengan usaha memantapkan gerakan dakwah ini, PAS akan dilihat sebagai gerakan dakwah dan bukan hanya sebagai gerakan politik semata-mata seperti sebelum ini.

Tamat bengkel tersebut, Ustaz Mohamad Ibrahim dan teamnya bergegas ke Kulai bagi mengadakan Streets Dakwah 01 bersama  Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil dan Ketua Pemuda PAS Kulai, Jawaher Amin.


Sementara Manakala Street Dakwah 02 bermula jam 11.30 malam di Pasar Karat Johor Bahru anjuran NGO Dakwah Tautan Rahmat.

"InsyaAllah Street dakwah @ Tautan Rahmat akan bergerak ke seluruh Negara termasuk Street Dakwah di pasar-pasar Cina dan Kaum India" Katanya.

Setakat ini kata beliau Streets Dakwah anjuran Tautan Rahmat mendapat sambutan hangat dalam kalangan masyarakat khasnya anak muda.

Selaku Presiden NGO Tautan Rahmat beliau mengalu-alukan sebarang sumbangan kewangan semua pihak bagi meneruskan kerja kerja kebajikan dan dakwah dalam masyarakat. HARAKAHDAILY 3/10/2015

Share on Myspace