Lawatan muhibbah Presiden PAS ke Gereja St Columbia Miri

Harakahdaily | .

MIRI: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merangkap Naib Presiden Kesatuan Ulamak Sedunia bersama rombongan telah mengadakan lawatan muhibah ke Gereja Anglikan St. Columba Miri hari ini.

Kehadiran tokoh Muslim paling berpengaruh itu disambut Naib Pengerusi Majlis Gereja, Rev. Father Alfred dan Bishop Warden Edwin Dundang yang turut mengalu-alukan kehadiran rombongan dan amat gembira dengan lawatan tersebut.

Perbincangan dua hala dan saling bertukar-tukar fikiran ini amat menarik sebagai sebahagian daripada usaha mendekatkan percambahan minda antara agama Islam dan Kristian serta mengeratkan hubungan dalam masyarakat majmuk khususnya di Sarawak.

Islam adalah agama perdamaian dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sebagai sebuah parti yang terbuka, mengambil pendekatan aman sejahtera dan mengamalkan politik matang.

Turut bersama dalam rombongan AJK PAS Pusat, Ir Mukhtar Suhaili merangkap Setiausaha PAS Sarawak), Ketua Dewan Pemuda PAS Sarawak, Mohammad Arifiriazul Paijo dann beberapa ahli PAS.

Presiden PAS dan rombongan melakukan lawatan tersebut sempena program PAS Sarawak di Miri iaitu Munaqasyah (Konvensyen) Ucapan Dasar Presiden PAS dan Perhimpunan Istiqamah Hingga Kemenangan (PIHAK).HARAKAHDAILY 3/10/2015

Share on Myspace