Simposium Himpunan Profesional 'Kesihatan Pemangkin Istiqamah'

HARAKAHDAILY | .

Meneliti dan menyusuri sejarah perjuangan PAS, sesiapa pun tidak boleh menafikan penglibatan secara aktif para profesional termasuk profesional perubatan dan kesihatan yang bergandingan dengan para ulama dalam memacu gerak kerja perjuangan Islam melalui wadah PAS. Ini terbukti secara jelas apabila lahirnya tokoh-tokoh pemimpin tertinggi PAS sejak peringkat awal penubuhan PAS lagi seperti  Dr Haji Abbas, Dr Burhanuddin Al Helmy dan lain- lain.

Gandingan mantap ini sebenarnya berterusan hingga ke hari ini, yang mana tujuannya  adalah sangat jelas iaitu untuk mencapai matlamat seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan PAS Perkara 5(1): "Memperjuangkan wujudnya didalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana didalamnya nilai2 hidup Islam dan hukumnya menuju keredhaan Allah".  Secara ringkasnya, gandingan ini sentiasa bergerak secara sinergi dengan menggemblengkan usaha dan tenaga untuk memastikan syariat Allah terlaksana di negara tercinta ini.

Walaupun ada yang berpandangan bahawa syariat Islam itu luas dan tidak tertumpu kepada hukum hudud sahaja, namun yang pasti ialah sikap meremehkan hudud sebagai juzuk penting dalam syariat Islam bahkan meremehkan usaha untuk meletakkannya di tempat yang betul adalah sikap yang tercela juga.

Isu yang terbaru apabila usaha Presiden PAS yang ingin mengemukakan 'Private Bill' (PB)mengikut saluran demokrasi yang sah ke parlimen bagi mengusulkan pindaan beberapa perkara yang berkaitan dengan bidang kuasa Mahkamah Syariah, sebagai suatu usaha murni untuk meningkatkan taraf Mahkamah Syariah di Malaysia telah dihalang dengan saman yang dikemukakan oleh empat orang peguam berketurunan Melayu. Sudah tentu perkara ini amat membimbangkan dan menyedihkan kita sebagai muslim yang berada dalam negara yang telah 58 tahun mencapai kemerdekaan. Tambahan pula  agama Islam itu sendiri telah termaktub dalam perlembagaan negara sebagai agama rasmi. Sepatutnya  menjadi kewajipan serta tanggungjawab setiap muslim dari pemimpin hingga kepada rakyat untuk menyokong usaha yang sangat baik ini tanpa mengira latar belakang politik.

Sabda Nabi SAW:
8/8, 16:12 عن أبي أمامة - رضي الله عنه - أن رسول الله - صلى الله عليه وسلم - قال : " لتنقضن عرى الإسلام عروة عروة ، فكلما انتقضت عروة تشبث الناس بالتي تليها ، فأولهن نقضا الحكم ، واّخرهن الصلاة "
[8/8, 16:12]  رواه الحاكم وابن حبان وصححه الالباني
Pasti simpulan-simpulan Islam akan terungkai satu persatu, maka setiap kali ianya terungkai orang akan bergantung kepada simpulan yg berikutnya. Pertama sekali terungkai ialah hukum-hakam (peraturan, undang-undang dan pemerintahan) dan yang paling akhir ialah solat. (Riwayat Al Hakim dan Ibnu Hibban, di sahihkan oleh Al Bani)

Di atas rasa tanggungjawab untuk meneruskan usaha-usaha murni  inilah, maka kami merasa terpanggil untuk mengadakan satu simposium yang dinamakan "Simposium Himpunan Profesional Perubatan Dan Kesihatan (SHIFA 2015)", yang  bertujuan  menghimpunkan profesional dalam bidang ini bagi memantapkan gerak kerja perjuangan Islam melalui PAS mengikut kepakaran dan kemahiran yang ada pada kami.

Simposium yang bertemakan "Kesihatan Pemangkin Istiqamah" telah menggariskan tiga objektif penting iaitu:
1. Memperkasa semangat ahli PAS  dalam bidang perubatan dan kesihatan.
2. Memberi kefahaman kepada profesional perubatan dan kesihatan terhadap PAS dan perjuangannya.
3. Menghubungkan jentera amal kebajikan dalam PAS.

Untuk menjayakan SHIFA 2015 yang juga akan diisi dengan slot wacana ini, maka kami menyeru agar para profesional perubatan dan kesihatan yang prihatin dengan usaha-usaha untuk meninggikan kalimah Allah ini agar segera mendaftarkan diri untuk menyertainya, bukan setakat sebagai peserta tetapi juga dapat memberi sumbangan idea, cadangan dan lain-lain yang berkaitan sepanjang program tersebut berlangsung.

Mudah-mudahan usaha yang kecil ini diberkati oleh Allah dan dinilai sebagai jihad di sisNya.

Firman Allah, mafhumnya: Wahai orang -orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih dari kesabaran musuh di medan perjuangan) dan bersedialah(dengan melaksanakan tugas masing-masing) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan). (Ali Imran: 200) - HARAKAHDAILY 4/10/2015

DR MD ARIFF IBRAHIM
Pengarah SHIFA 2015

1. Borang Pendaftaran
http://tinyurl.com/shifa2015

2. Poster Shifa
http://tinyurl.com/postershifa

3. QR Event shifa
http://tinyurl.com/qrshifa

4. Video Shifa
http://tinyurl.com/videoshifa

Share on Myspace