Terus istiqamah, beramal dan tidak cenderung ke arah lain

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Kejahilan tentang agama adalah merupakan cabaran dalam perjuangan menegakkan Islam.

Menurut Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad, realiti hari ini masih ramai umat Islam berada di dalam kejahilan yakni tidak memahami ajaran Islam yang syumul.

Katanya, mereka ini bukan sahaja miskin harta, malahan lebih teruk, iaitu miskin ilmu.

Justeru, beliau menyeru para pendukung perjuangan Islam agar terus istiqmah.

"Kita mesti terus istiqmah di atas perjuangan dan beramal dengan segala tuntutannya dengan tidak berpaling dan cenderung ke arah yang lain," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Tegasnya, jauh sekali menyeleweng daripada perjuangan sama ada ketika menang atau kalah, sama ada seorang atau dengan orang ramai. - HARAKAHDAILY 5/10/2015

Share on Myspace