DUPP lancar Tabung Kebakaran Pondok Al Yusufiah

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) melalui Lajnah Kebajikannya melancarkan Tabung Kebakaran Al Yusufiah pagi ini berikutan insiden kebakaran di pondok Al Yusufiah, Gelang Mas, Pasir Mas, Kelantan pada jam 8.30 malam semalam.

Menurut Ketua Lajnah kebajikan DUPP, Dr Abu Bakar Abdullah, tabung ini dilancarkan pada pagi ini memandangkan kebakaran itu agak serius dan melibatkan kerugian harta benda yang agak besar.

Dilaporkan semalam bahawa kira-kira 60 buah pondok yang digunakan oleh pelajar dipusat pengajian tersebut hangus terbakar dijilat api.

Beliau menyeru agar sumbangan disalurkan kepada:

1-Akaun di atas nama Tabung Kebajikan Dewan Ulamak PAS Pusat
2- CIMB No.Akaun 8601765212. HARAKAHDAILY 6/10/2015

Share on Myspace