Dakwaan fitnah Najib, Leong Sik pertahan kenyataan

BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Leong Sik berkata beliau sangat terkejut menerima surat yang mendakwanya memfitnah Datuk Seri Najib Tun Razak dan meminta beliau memohon maaf.

Bagaimanapun, Ling berkata beliau akan mempertahankan kenyataannya dan jika disaman akan mempertahankan dirinya.

Surat daripada firma guaman Hafarizam Wan & Aisha Mubarak yang mewakili Perdana Menteri merujuk kepada kenyataan Dr Ling dalam artikel "MCA's Liong Sik Joins Call for Najib's Ouster for Allegedly Putting People's Money in His Own Pocket" di dalam Malay Mail Online pada Sabtu.

Dr Ling diberi tempoh tujuh hari untuk memohon maaf dan menarik balik kenyataannya atau berhadapan tindakan undang-undang.

Dalam kenyataan balasnya kepada Perdana Menteri hari ini, Dr Ling berkata:"Jika kamu memilih untuk menyaman saya, saya akan membela diri. Saya ingin menekankan bahawa saya berpegang teguh terhadap apa yang saya katakan. Saya tidak akan meminta maaf." - Bernama

Share on Myspace