Gerak kerja PAS Kota Bharu masih lancar

SALMAH MAT HUSAIN | .

KOTA BHARU: Gerak kerja parti tetap berjalan lancar biarpun bekas Yang Dipertua (YDP) PAS Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berhijrah ke parti lain.

Naib Yang Dipertua, Datuk Anuar Tan Abdullah berkata rakyat masih memberi sokongan penuh kepada kerajaan negeri dan PAS.

“Biar pun ada pemimpin keluar dari PAS, itu tidak menjadi masalah kerana itu adalah hak peribadi mereka,” katanya ketika menghadiri satu di sini.

Baru-baru ini Ketua Muslimat PAS Kota Bharu Rohani Ibrahim memberitahu PAS kawasan terbabit tetap utuh biar pun bekas YDP kini menyertai parti lain.

Anuar Tan yang juga Adun Kota Lama berkata rakyat Kelantan memberi sokongan kepada kerajaan negeri bagi melaksanakan Kanun Jenayah Syariah.

Bagaimanapun menurutnya pemimpin Umno masih lagi bermain tarik tali bagi menyokong usul persendirian dibawa PAS untuk meminta Akta 355 bagi memperkasakan mahkamah syariah.

“Pada peringkat awal mereka menyatakan akan memberi sokongan, bagaimanapun apa yang berlaku selepas itu adalah sebaliknya,” katanya.

Sebelum ini anggota parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dua kali membawa private member’s bill ke parlimen bagi memperluaskan bidang kuasa mahkamah syariah.

Bagaimanapun usul berkenaan belum dapat dikemukakan kerana disenaraikan di bahagian akhir usul yang dibawa ke parlimen. - HARAKAHDAILY 8/10/2015

Share on Myspace