Konvensyen Sekretariat PAS Kebangsaan kedua 16, 17 Okt

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Pejabat Setiausaha Agung PAS sekali lagi akan menganjurkan Konvensyen Sekretariat PAS Peringkat Kebangsaan (KSPPK) kali kedua pada 16 dan 17 Oktober ini di Pusat Tarbiyah Islam Kelantan (Putik).

Menurut Penolong Setiausaha Agung PAS, Khairul Faizi Ahmad Kamil, Sekretariat PAS Pusat pertama kali telah mengadakan konvensyen itu di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM) pada 20 Disember 2014.

Katanya, konvensyen kali ini bertujuan untuk memberikan pendedahan berkaitan dengan tugas sebenar seorang setiausaha dan pentadbir organisasi PAS.

"Ia juga bertujuan untuk memberikan penjelasan mengenai tugas yang perlu dilaksanakan oleh para setiausaha dan penolong setiausaha di semua peringkat.

"Konvensyen ini juga akan memberikan pendedahan kepada pengurusan maklumat dan rekod elektronik," katanya.

Selain itu, ujarnya ia juga bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada sekretariat  semua peringkat persoalan berkaitan dengan masalah-masalah yang dilalui sebelum ini termasu perkara yang berkaitan dengan mesyuarat agung.

Katanya, sasaran melibatkan seramai 800 orang peserta yang melibatkan setiausaha dan penolong setiausaha dewan-dewan peringkat pusat, setiausaha dan penolong setiausaha BPPN, setiausaha dan penolong setiausaha dewan-dewan negeri.

"Di peringkat PAS kawasan, pesertanya adalah setiausaha dan penolong setiausaha PAS kawasan, setiausaha urusan ulamak, setiausaha dewan pemuda dan setiausaha dewan muslimat," ujarnya. - HARAKAHDAILY 8/10/2015

Share on Myspace