Ini alasan zionis Israel inginkan Dataran Tinggi Golan

HARAKAHDAILY | .

Sebuah syarikat penerokaan minyak Zionis Israel baru-baru ini mengumumkan berjaya mencari sumber rizab minyak baru di kawasan Dataran Tinggi Golan, yang dijangka dapat memenuhi keperluan pasaran dalam negeri dalam jangka masa yang lama.

Seperti yang dilaporkan oleh Golan Times dari ketua pasukan Geologist di anak syarikat Noble Energy, Yuval Bar Tuv, berkata, "Kami berjaya menemui rizab minyak mentah baru di Dataran Tinggi Golan dengan ketebalan lapisan minyak hingga 350 meter".

"Ini adalah penemuan besar dengan kadar 10 kali daripada jumlah rata-rata penemuan lombong minyak mentah baru di seluruh dunia," katanya dipetik laman web Eramuslim.com.

Menurut Yuval Bar, rizab minyak mentah disumber tambang baru ini dijangka dapat menghasilkan 270,000 tong sehari, dan akan mencukupi keperluan pasaran Israel dalam masa yang lama.

Perlu diketahui bahawa sehingga kini zionis Israel mendakwa sebagai penguasa tunggal atas wilayah Dataran Tinggi Golan, setelah pada perang tahun 1967 lalu berjaya merebut dua pertiga daerah ini daripada kerajaan Syria.

Share on Myspace