Krisis dalaman jamaah tidak boleh selesai melalui media

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Atas apa alasan sekalipun, krisis dalaman organisasi atau jamaah tidak boleh selesai melalui media.

"Kita boleh memberi beribu alasan untuk menghalalkan tindakan kita, tetapi hakikatnya salah dari segi organisasi," ujar Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Katanya, kalau krisis rumah tangga tidak boleh DIdedah kepada orang lain, sama seperti krisis dalam jamaah.

"Kita diberi peluang di dalam mesyuarat, dialog dan berbagai-bagai lagi medium untuk kita suarakan.

"Inilah disiplin dalam mana-mana organisasi," ujar Ahli Parlimen Bukit Gantang itu menerusi laman facebook. - HARAKAHDAILY 10/10/2015

Share on Myspace