As-Sisi diktator, tidak diterima di Tunisia - Ghannouchi

HARAKAHDAILY | .

Pemimpin Parti Ennahda Islam di Tunisia membantah tegas bahawa beliau akan bertemu dengan Presiden Mesir Abdel Fattah As-Sisi atau menyambut ke negaranya.

Rasyid Ghannouchi menyatakan As-Sisi sebagai 'diktator yang melakukan rampasan kuasa' dan mengatakan bahawa dia 'tidak diterima' untuk melawat Tunisia.

"Saya tidak akan menyambutnya," kata Ghannouchi kepada France 24, kelmarin (8 Okt) sebagaimana yang dilaporkan oleh MEMO.

"Saya hanya menyapa atau memandang siapa yang sehaluan dengan saya, dan saya bukan ahli dari pihak berkuasa yang harus menyambutnya kerana menghormati protokol," ujarnya dipetik laman web Arrahmah.com.

Beliau menambah bahawa, menurut pendapatnya, As-Sisi adalah seorang diktator dan dia merebut kuasa dengan cara rampasan kuasa.

Veteran Islam itu juga menafikan bahawa beliau diminta untuk campur tangan bagi mengatasi situasi ketika ini di Mesir, menekankan bahawa tugas menyelesaikan masalah itu terletak di bahu rakyat Mesir.

Share on Myspace