Isyarat badan gambarkan sokongan terhadap Islam

HARAKAHDAILY | .

Firman Allah s.w.t. dalam surah Al Hajj ayat 9,
ثَانِيَ عِطْفِهِ لِيُضِلَّ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ ۖ لَهُ فِي الدُّنْيَا خِزْيٌ ۖ وَنُذِيقُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَذَابَ الْحَرِيقِ

"...Ia membantah sambil memalingkan sebelah badannya dengan sombong angkuh sehingga menghalang dirinya dan orang lain dari jalan ugama Allah; ia akan beroleh kehinaan di dunia, dan Kami akan merasakannya azab yang membakar pada hari kiamat kelak.."

Bahasa badan juga mencerminkan sifat Iman dan Islam pada diri seseorang.

Seseorang yang berminat dan mendapat hidayah Allah akan menunjukkan gerakan badan yang terhasil daripada kesungguhannya beramal dengan Islam.

Ia tergambar dengan gerak kerja dan minat yang ditunjukkan seseorang seperti rajin, proaktif dan bersungguh-sungguh dalam perbuatannya dalam Islam dan di jalan Allah s.w.t.

Adapun seseorang yang membenci Islam dan tidak mendapat petunjuk Ilahi maka ia akan diterjemahkan dengan tindakan bahasa badan yang menolak dan keengganannya disebabkan kesombongannya seperti berpaling wajah, menolak seruan yang benar dengan menggerakkan bahu menggeleng-gelengkan kepala, menunjukkan penentangan dengan keras dan lain-lain lagi.

Mereka itu beroleh kehinaan di dunia sebagai azab awal daripada Allah dan pada hari akhirat di siksa dengan azab neraka. Na'uzubillah.

Semoga Allah s.w.t. menganugerahkan kepada kita sifat yang mulia yang mencintai agama-Nya dan perjuangan di jalan-Nya.

Amin ya Robb.

USTAZ MUHAMMAD NAJHAN HALIM
Pengarah Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat - HARAKAHDAILY 12/10/2015

Share on Myspace