Peratusan kenaikan tol yang terlampau

DATUK TUAN IBRAHIM TUAN MAN | .

Semalam, kerajaan dengan bangganya mengumumkan kenaikan harga tol di tahun rakyat masih dengan bergelut menyesuaikan hidup akibat inflasi yang dicetuskan oleh GST, kejatuhan nilai Ringgit dan penarikan subsidi.

Peratusan kenaikan tol kali ini agak melampau – di mana ada lebuh raya yang menyaksikan kenaikan setinggi 80% seperti SILK, 67% seperti Akleh, 54% seperti Besraya, 50% LKSA dan Smart, manakala 10 lebuhraya lain menyaksikan kenaikan antara 17% ke 44%.

Lebuhraya

Harga Lama

Harga Baru

Peratus

SILK

MYR1.00

MYR1.80

80%

Akleh

MYR1.50

MYR2.50

67%

Besraya

MYR1.30

MYR2.00

54%

Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (A Impian)

MYR0.60

MYR0.90

50%

SMART

MYR2.00

MYR3.00

50%

Lebuhraya Pantai Baharu

MYR1.60

MYR2.30

44%

Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (Sri Muda)

MYR1.20

MYR1.70

42%

Guthrie

MYR1.40

MYR1.90

36%

MEX (Salak)

MYR1.50

MYR2.00

33%

Latar

MYR2.00

MYR2.50

25%

DUKE

MYR2.00

MYR2.50

25%

Lebuhraya Karak (Gombak)

MYR5.00

MYR6.00

20%

MEX (Putrajaya)

MYR2.50

MYR3.00

20%

Lebuhraya Karak (Bentong)

MYR3.00

MYR3.50

17%

Kadar kenaikan tol bermula 15 Oktober 2015

Terhadap rakyat, kerajaan berani melaksanakan GST, memansuhkan subsidi dan memekakkan telinga terhadap kos sara hidup yang semakin naik. Mengapa kerajaan tidak menggunakan keberanian yang sama untuk menyemak kembali semua perjanjian konsesi serta cadangan kenaikan tarif tol sedangkan keuntungan syarikat konsesi tol terus berlipat kali ganda?

Kini, dengan kebanyakan lebuh raya menggunakan sistem kutipan tol berelektronik, beban rakyat meningkat kerana terpaksa menanggung kos kad TouchNGo dan juga SmartTag.

Dengan kenaikan kadar tol, apa pula faedah yang diberikan kembali kepada rakyat sebagai pelanggan lebuh raya? Tidak. Malah beban bertambah kepada pengguna lebuh raya kerana TouchNGo adalah jenis perniagaan pembayaran awal ‘advance payment’.

Bayangkan ratusan ribu diperolehi melalui pembayaran awal ini namun pelanggan tidak memperolehi sebarang manfaat dari sistem tersebut.

Oleh itu, PAS mencadangkan syarikat konsesi tol memberi rebat kepada pelanggan yang terpaksa buat pembayaran awal (advance payment) melalui sistem pembayaran SmartTag dan TouchNGo.

Sebenarnya syarikat konsesi tol dan kerajaan tiada sebarang alasan ekonomi yang kukuh untuk menaikkan kadar tol. Apakah ada syarikat konsesi tol yang sedang mengalami kerugian meskipun perniagaan ini mempunyai risiko kerugian menghampiri sifar? Tidak.

Kenaikan kadar tol hanya semata-mata mengikut nafsu tamak yang dimeterai di dalam perjanjian konsesi tol yang tempang. Yang lebih menyedihkan ialah fakta bahawa sebenarnya kerajaan sendiri mempunyai banyak saham pegangan di dalam syarikat konsesi ini. Dengan ‘advantage’ sebegini, kerajaan masih memilih untuk tidak memihak kepada rakyat.

Inilah hasil kerajaan BN yang sering mengingatkan rakyat sentiasa didahulukan, terutamanya apabila melihat keputusan mengambil duit daripada rakyat. - HARAKAHDAILY 13/10/2015

Timbalan Presiden PAS
13 Oktober 2015

Share on Myspace