Muslimat gembleng tenaga depani masalah rakyat

MUHAMMAD FAIZAL | .

KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Malaysia akan terus mengembleng tenaga dalam mendepani isu-isu rakyat bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Nuridah Salleh pada program Bicara Harakah sempena Himpunan Fastaqim berkata, penglibatan Muslimat  dalam PAS selari dengan matlamat parti inginkan.

"Masyarakat ingin melihat kepimpinan PAS sekarang dan Muslimat turut sama dalam usaha meyakinkan rakyat.

"Muslimat ingin memperkukuhkan PAS dalam menghadapi pilihan raya akan datang, kita akan terus bekerja agar matlamat parti kita peroleh," katanya di MyHarakah Bazar hari ini.

Beliau yang turut berkata, dengan krisis yang berlaku sekarang Muslimat sentiasa memberi ruang kepada orang lama dan baru di semua peringkat dalam menerajui parti itu.

"Kita bekerjasama dengan semua pihak termasuk NGO, usaha ini membantu kita untuk terus perkukuhkan parti," katanya lagi.

Nuridah yakin dengan kepimpinan Dewan Muslimat yang ada sekarang dapat membantu PAS menghadapi pilihan raya umum akan datang seterusnya memberikan kemenangan kepada parti itu. – HARAKAHDAILY 13/10/2015

Share on Myspace