Naik kadar tol: Kerajaan BN persenda rakyat

SALMAH MAT HUSAIN | .

KOTA BHARU: Alasan kerajaan Barisan Nasional kenaikan tol bagi menyediakan lebih banyak kemudahan kesihatan dan sekolah dianggap seperti mempersendakan rakyat.

Senator Khairiah Mohamed berkata alasan yang diberikan kerajaan BN tidak berpijak di bumi nyata.

“Pembinaan sekolah dan hospital dimasuk dalam belanjawan tahunan dan bukannya datang dengan tiba-tiba.

“Alasan diberi kerajaan bukan boleh meredakan keadaan, sebaliknya akan membangkitkan lagi kemarahan rakyat,” katanya di sini.

Sebelum ini kerajaan memberi jaminan tidak akan menaikkan kadar tol sebagai tanda keprihatinan terhadap rakyat.

Bagaimanapun semalam beberapa lebuh raya utama di seluruh negara mengumumkan menaik kadar tol antara 17 hingga 80 peratus bermula 15 Oktober ini.

Khairiah berkata kerajaan Persekutuan dengan mudah mungkir segala janji yang ditabur sebelum ini. - HARAKAHDAILY 13/10/2015

Share on Myspace