PAS Selangor tolak kerjasama dengan Perkasa

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: PAS Selangor telah menerima penjelasan daripada PAS Pusat bahawa PAS Pusat hanya menerima kunjung hormat daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Iskandar A Samad berkata mereka telah membincangkan 3 perkara iaitu 1MDB, SOSMA dan TPPA.

Tambahnya, tidak ada persetujuan untuk mewujudkan sebarang kerjasama seperti yang dilaporkan oleh media.

"Sehubungan itu, ingin ditegaskan di sini bahawa PAS Selangor tidak bersetuju dengan sebarang kerjasama dengan Perkasa.

"Walaupun PAS Selangor bersedia mewujudkan kerjasama untuk menentang Barisan Nasional dengan mereka yang menghormati prinsip-prinsip dan dasar perjuangan PAS tetapi kami menolak sama sekali mana-mana pihak yang membawa sentimen perkauman," katanya yang juga Naib Presiden PAS dalam satu kenyataan.

Menurutnya, seluruh tenaga rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan kedudukan sosial perlu digemblengkan untuk berhadapan dengan penyelewengan dan salahguna kuasa Barisan Nasional. - HARAKAHDAILY 13/10/2015

Share on Myspace