PAS bersetuju dengan Perkasa dalam tiga perkara

MUHAMMAD FAIZAL | .

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata PAS menyatakan persetujuan dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hanya meliputi tiga perkara utama.

Katanya, perkara itu dipersetujui selepas mengadakan pertemuan lebih dua jam dengan wakil Perkasa yang diketuai Presidennya Datuk Ibrahim Ali di Pejabat Agung PAS petang tadi.

"Kerjasama ini adalah tertumpu kepada isu semasa membabitkan kepentingan agama, rakyat dan negara," katanya pada sidang media selepas pertemuan itu.

Menurut beliau, PAS dan Perkasa bersetuju dalam isu membabitkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan juga Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA). - HARAKAHDAILY 13/10/2015

Share on Myspace