PAS payungi pelbagai NGO lawan kerakusan Najib

WARTAWAN DUPP | .

 

KUALA LUMPUR: PAS selangkah ke hadapan memayungi pelbagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) untuk menentang tindak tanduk Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak yang semakin kuat menindas rakyat.

Demikian tegas Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Dato Dr Khairuddin Aman Razali ketika mengulas sokongan yang semakin meningkat terhadap peranan PAS mengepalai gerakan rakyat menentang kebobrokan Umno.

Terkini dalam satu perkembangan yang mengejutkan apabila NGO yang dikenali pro Umno telah bertindak mengunjungi Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

"Kunjungan hormat tersebut yang diadakan pada hari ini oleh NGO PERKASA menunjukkan PAS sudah mula menjadi payung kepada rakyat Malaysia untuk mengepalai gelombang rakyat walaupun sebelum ini dilihat berbeza aliran " ujar beliau lagi.

" Kunjungan hormat Perkasa ke pejabat agong PAS membuktikan PAS sentiasa terbuka dan sedia bantu-bantu dalam menangani sebarang bentuk kezaliman dan ketidaktelusan seperti SOSMA yang dikenakan kepada Dato' Seri Khairuddin, skandal 1MDB dan TPPA" tegas beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Nerus. HARAKAHDAILY 14/10/2015

Share on Myspace