Kalau bukan dasar, nafas tidak panjang dalam PAS

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: "Alhamdulillah semakin ramai penyertaan ahli baru ke dalam PAS," ujar Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Justeru, katanya tugas parti mesti memberi kefahaman kepada mereka sebab apa mereka menyertai PAS.

Beliau berkata, biar mereka masuk PAS kerana dasar dan bukan kerana kecewa dengan parti lain.

Tambahnya, biarlah mereka juga menyertai PAS bukan kerana marah kepada mana-mana individu atau kagum dengan mana-mana pemimpin.

"Kalau bukan kerana dasar, nafasnya tidak panjang di dalam PAS," tegas Ahli Parlimen Bukit Gantang itu. - HARAKAHDAILY 14/10/2015

Share on Myspace