Kongres Rakyat tumpu sektor perundangan dan kebajikan

SUFI NAZ | .

KUALA LUMPUR: Sekretariat Kongres Rakyat pada hari ini mengumumkan satu Pelan Tindakan Rakyat selepas satu mesyuarat khas di Pejabat Agung PAS sebentar tadi.

Pengerusi Kongres Rakyat, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, pihaknya menggariskan dua sektor penting yang bakal ditekankan dalam Pelan Tindakan Rakyat Siri 01 iaitu perundangan dan kebajikan.

Turut hadir pada sidang media tersebut ialah Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Zuhdi Marzuki.

Terdahulu sebelum ini, Kongres Rakyat telah dianjurkan pada 12 September di Shah Alam.

Kongres tersebut mendapat sambutan hangat pelbagai pihak dan sekretariat mengumumkan bahawa pihaknya akan menjalankan amanah dan pelan yang dirancang demi melihat Malaysia Sejahtera. – HARAKAHDAILY 14/10/2015

Share on Myspace