Pemuda PAS hadiah 'kek istiqamah kepada Husam

ASLANI M | .

KOTA BHARU: Pemuda PAS Kelantan menghadiahkan kek sempena ulang tahun kelahiran Adun Salor Datuk Husam Musa dengan bertulis perkataan “Istiqamah Sehingga Kemenangan”.

Kunjungan itu semalam diketuai Timbalan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Nor Azariza Mohd Alawi, Pengarah Piliharan Raya, Razuan Awang Hamat, Ketua Penerangan, Nazman Che Iberahim dan Exco Pemuda PAS, Wan Mohd Sufiyan Yusoff.

Nazman berkata, kunjungan Exco Pemuda PAS Negeri ke rumah bekas Exco kerajaan negeri dengan membawa kek.

“Kami bertanya khabar kesihatannya dan turut menyentuh isu-isu semasa. Pertemuan hanya berlangsung seketika kerana faktor kesihatan Datuk Husam yang sering letih dan kurang bermaya.

“Pertemuan singkat itu diharap menjadi permulaan yang baik atas sifat silaturrahim sesama kita.

“Selain itu memusatkan semula fokus semua pihak untuk sama-sama membangunkan negeri Kelantan serta menghentikan polemik yang hanya merugikan parti dan rakyat,” katanya di sini.

Baru-baru ini sebuah akhbar tempatan melaporkan Husam menegaskan beliau tetap setia dengan perjuangan PAS. - HARAKAHDAILY 15/10/2015

Share on Myspace