Fastaqim: Peserta usah terpengaruh fitnah liar

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Kehabisan idea nampaknya pihak yang membenci PAS dan menyimpan dendam tidak berkesudahan terhadap aktiviti dan program PAS.

"PAS anjur program, mereka pula yang kepanasan. PAS gerakkan aktiviti, mereka yang tidak senang duduk," ujar Setiusaha Fastaim (H60K), Nasrudin Hassan menerusi laman facebook.

Akhirnya, kata beliau langkah mudah dan dangkal ialah melakukan fitnah dan cetuskan provokasi.

Menurutnya, kelihatan banyak risalah fitnah kononnya itu adalah Risalah Penerangan PAS dan kain rentng (banner) provokasi yang kononnya di pasang oleh Geng Ustaz.

"Kepada peserta dan tetamu Fastaqim, usah terpengaruh dengan propaganda murahan dan fitnah liar yang dilemparkan kepada awam di tengah-tengah Bandar Kota Bharu sempena Himpunan Fastaqim ini," ujarnya yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat.

Katanya, cara mudah untuk anda mengenali risalah atau banner yang bukan dari urusetia Fastaqim mahupun PAS sendiri, malah itu adalah fitnah pihak yang tidak bertanggungjawab ialah apabila kandungannya tidak mempamerkan akhlak Islam pula bernada provokasi.

Namun, ujar beliau kepada orang ramai usah gusar dengan perkembangan ini.

"Selain petugas kita akan terus memantau dan bertindak, yakinlah bahawa mereka tidak akan menjejaskan reputasi dan prestasi Fastaqim," katanya lagi.

Fastaqim (H60K) akan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu esok bermula jam 3.00 petang hingga 12.00 malam. - HARAKAHDAILY 16/10/2015

Share on Myspace