PAS alu-alukan Saifuddin sertai PKR

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: PAS mengalu-alukan kemasukan Datuk Saifuddin Abdullah ke dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, PAS percaya penyertaan Saifuddin akan menguatkan lagi barisan pembangkang dalam negara ini.

"Sebagai seorang tokoh berfikiran kritis serta  berprinsip yang berasal dari parti pemerintah, saya yakin Datuk Saifuddin akan mampu menggemblengkan tenaganya bersama parti-parti pembangkang dalam rangka memperbetulkan segala kepincangan dan permasalahan negara yang membebani rakyat sekarang ini," ujarnya dalam satu kenyataan.

Sebagai sahabat lama sejak dalam kepimpinan mahasiswa Universiti Malaya tahun 1980-an, Takiyuddin sekali lagi mengucapkan selamat terus berjuang dengan penuh istiqamah kepada Saifuddin demi negara dan rakyat seluruhnya. - HARAKAHDAILY 16/10/2015

Share on Myspace