Siaran langsung Himpunan Fastaqim (H60K)

HARAKAHDAILY | .

KOTA BHARU: Orang ramai boleh mengikuti siaran langsung 'Himpunan Fastaqim (H60K)' di Stadium Sultan Muhammad IV di sini bermula petang sehingga 11.55 malam ini melalui rangkaian radio Suara rakyat FM dan Kelantan TV.

"Sebagai media PAS kami akan menyiarkan secara langsung himpunan Fastaqim(H60K) ini. Siaran ini bukan sahaja dapat didengar oleh penyokong PAS di Malaysia sahaja malah dapat didengar oleh penyokong PAS yang berada di luar negara kerana siaran ini dipancar keseluruh pelusuk dunia melalui radio tv internet," kata ketua penyelaras suara rakyat, Ariffin.

Katanya, untuk mengikuti siaran radio suara rakyat pelayar boleh memuat turun aplikasi melalui playstore dengan hanya menaip suara rakyat di telefon android.

Bagi pengguna pc atau laptop boleh terus ke tunein dan cari suara rakyat. Untuk menonton Kelantan tv (KTV) pelayar hanya terus ke youtube, cari Kelantan tv serta klik live.

https://www.youtube.com/user/myKelantanTV
https://play.google.com/store/apps/details?id=com.viastreaming.SuaraRakyatFm

Share on Myspace