Fastaqim: Puluhan ribu mulai banjiri pekarangan stadium

ASLANI M | FOTO RIZAL TAHIR | .

KOTA BHARU: Pekarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV mulai sesak dengan kehadiran peserta Himpunan Fastaqim (H60K) dari seluruh negara.

Jalan utama di sekitar stadium mulai ditutup kepada semua kenderaan.

Perarakan motosikal berkuasa besar dan 'kapcai' yang melalui hadapan Wisma Persekutuan menyebabkan lalu lintas tambah sesak, kebetulan di halaman wisma pula diadakan pasar ria.

Orang ramai ditemui di ruang-ruang kawasan pekarangan stadium dan tapak ekspo menjadi tumpuan ramai, begitu juga kedai-kedai makan di sekitar stadium penuh dengan pelanggan.

Khemah jualan baju hijau berlogo Fastaqim menarik tumpuan ramai di samping peniaga mengambil peluang melaris jualan.

Kehadiran semakin mencecah puluhan ribu seakan-akan menggambarkan kewujudan serpihan PAS langsung tidak memberi kesan kepada PAS.

Pentas anak muda pula mulai bermula di Dataran Stadium dengan dihoskan Timbalan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Nor Azariza Mohd Alawi.

Orang ramai mulai memenuhi persekitaran pentas anak muda itu.

Sebahagian lagi peserta yang hadir mulai memasuki ruang dalam stadium biarpun pancaran terik matahari petang. - HARAKAHDAILY 17/10/2015

Share on Myspace