Intifadhah di Jerusalem harus diteruskan - Haniyeh

HARAKAHDAILY | .

Wakil Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh, semalam menyeru rakyat Palestin di seluruh wilayah Palestin untuk meneruskan Intifadhah (kebangkitan) dan menentang terhadap pendudukan Israel.

Dalam pidato yang disiarkan televisyen pada persidangan antarabangsa mengenai Yerusalem di Istanbul, Haniyeh menyeru bangsa Arab dan negara Islam untuk menyokong Intifadhah Palestin dengan segala cara yang boleh dilakukan.

"Persidangan antarabangsa mengenai Yerusalem membuktikan bahawa masalah Palestin akan selalu menjadi penyebab utama bagi bangsa ini," kata Haniyeh dalam ucapannya seperti dilaporkan PIC.

Beliau juga meminta para peserta persidangan untuk mengambil langkah-langkah praktikal dalam menyokong Jerusalem dan Masjid Al-Aqsa.

"Dengan segala penderitaan dan pengorbanan kami, kami akan menang. Pendudukan Israel tidak mempunyai masa depan di tanah Palestin," tegas Haniyeh. [Islampos]

Share on Myspace