PAS lulus 8,292 ahli baru untuk Oktober 2015

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat hari ini telah meluluskan seramai 8,292 orang ahli baru untuk bulan Oktober 2015.

"Alhamdulillah, Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang berlangsung di JKR 10 hari ini telah meluluskan seramai 8,292 orang ahli baru untuk bulan Oktober 2015," tulis Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan menerusi laman facebook.

Mesyuarat diadakan di JKR 10, Kota Bharu bersempena Himpunan Fastaqim (H60K) yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV.

Himpunan yang bermula jam 3.00 petang tadi dengn aktiviti pemuda di dataran stadium berakhir tengah malam ini. - HARAKAHDAILY 17/10/2015

Share on Myspace