Turki bekal air selama 50 tahun ke Cyprus Utara

HARAKAHDAILY | .

TURKI akan membekalkan air selama 50 tahun untuk Republik Turki Cyprus Utara (TRNC), kata Presiden Recep Tayyip Erdogan, hari ini seperti dikutip Worldbulletin.

Erdogan bercakap pada upacara pembukaan empangan Alakopru yang merupakan sebahagian daripada projek yang bertujuan untuk membawa air segar dari Turki ke TRNC melalui paip.

"Republik Turki Cyprus Utara tidak akan lagi kekurangan air minum dan pengairan untuk pertanian selama setengah abad," kata Erdogan dipetik laman Islampos.

Turki adalah negara dermawan dan pelindung TRNC sejak berdiri pada tahun 1974, Turki telah lama merancang untuk menyediakan air bersih ke pulau yang tidak mempunyai sumber-sumber air sendiri.

Projek itu secara rasmi dilancarkan pada tahun 2011 oleh Erdogan ketika beliau menjadi perdana menteri.

Kira-kira 75 juta meter padu air dari sebuah empangan di Turki selatan akan dihantar ke Republik Turki Cyprus Utara melalui paip.

Bercakap pada majlis tersebut, Perdana Menteri Turki Ahmet Davutoglu berkata projek tersebut telah menelan kos 1.6 bilion lira Turki ($576,300,000).

Presiden Cyprus Turki Mustafa AKINCI dan Perdana Menteri Omer Kalyoncu juga hadir dalam upacara tersebut.

Share on Myspace