Simposium bukti profesional istiqamah bersama PAS

HARAKAHDAILY | .

SERAMAI 500 orang profesional bidang perubatan dan kesihatan termasuk para doktor, jururawat, pembantu perubatan, pegawai farmasi dan dan lain-lain profesion dalam bidang perubatan dan kesihatan telah bersama dalam menjayakan Simposium Himpunan Profesional Perubatan dan Kesihatan Istiqamah 2015 yang diadakan di Kompleks Purnama Pengkalan Chepa, Kota Bharu, semalam.

Simposium yang julung-julang kali dianjurkan ini diadakan sempena Himpunan 60K Fastaqim. Antara objektif yang digariskan dalam simposium ini adalah untuk memperkasa semangat ahli PAS dalam bidang perubatan dan kesihatan. Memberi kefahaman kepada profesional perubatan terhadap PAS dan perjuangannya serta bagi menghubungkan jentera amal kebajikan dan PAS.

Ternyata simposium ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada golongan profesional sekali gus menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa golongan profesional tidak lagi bersama PAS.

Antara pemimpinan PAS bersama adalah Ustaz Idris Ahmad, Datuk Iskandar A Samad, Dr Halimah Ali, Dr Alias Abdul Razak, Dr Izani, Dr Ramli, Dr Azman Ibrahim, Dr Che Faridah dan ramai lagi.

"Simposium ini telah berjaya mengumpulkan ribuan profesional dalam bidang perubatan dan kesihatan yang masih istiqamah dengan perjuangan PAS. Kami sangat teruja denga kehadiran yang sangat menggalakkan," kata Dr Arifin, salah seorang ahli jawatan kuasa program.

Simposium ini telah menghasilkan empat resolusi iaitu:

1. Profesion perubatan dan kesihatan istiqamah perlu bergerak aktif bersama PAS kerana prinsip perjuangannya yang jelas di samping sejarahnya yang panjang.

2. Memperkasakan PAS dalam memperjuangkan agenda kebajikan dan kesihatan rakyat sebagai satu cabang dakwahnya.

3. Membentuk kerjasama yang lebih erat dalam kalangan saf istiqamah bagi melancarkan gerak kerja jemaah.

4. Menubuhkan sebuah dlbadan pemikir untuk membantu PAS berkaitan dengan dasar kesihatan dan perubatan negara. - HARAKAHDAILY 18/10/2015

DR MD ARIFF IBRAHIM
Pengarah Shifa 2015

Share on Myspace