Hari lahir: Presiden PAS ucap terima kasih

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang telah mengucapkan selamat hari ulang tahun kelahiran beliau.

Ahli Parlimen Marang itu menyatakan demikian dalam laman facebook beliau.

"Terima kasih kepada semua yang mengucapkan selamat hari ulang tahun kelahiran saya pada hari ini Selasa 20 Okt.

"Saya juga ingin memaklumkan bahawa tarikh kelahiran saya untuk tahun hijriah adalah pada hari Isnin 5 Zulhijjah 1366," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 20/10/2015

Share on Myspace