PAS Kelantan sedia kaji baiah taklik

SALMAH MAT HUSAIN Foto RIZAL TAHIR | .

KOTA BHARU: PAS Kelantan sedia membincangkan semula syarat baiah taklik bagi calon-calon PAS yang bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Datuk Ahmad Yakob bagaimanapun berkata cadangan itu belum dibincangkan bersama pimpinan di peringkat negeri.

“Lagi pun baiah taklik sebelum ini dibuat di hadapan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi memenuhi tuntutan semasa.

“Langkah Tuan Guru masa itu amat baik dan sesuai memandangkan pengalaman pilihan raya umum 2004 kerajaan negeri begitu getir untuk dipertahankan kerana majoriti amat tipis.

“PAS Kelantan ketika itu memikirkan cara terbaik bagaimana untuk membendung wakil rakyat kita tidak berhadapan dengan lompat parti,” katanya selepas merasmikan Pameran Tok Janggut, Sultan Ahmad Al-Fateh dan mumia firaun di Kelantan Trade Centre hari ini.

Kelmarin Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata kemungkinan PAS mengkaji balik peraturan baiah taklik wakil rakyat PAS di Kelantan pada masa akan datang.

Ustaz Ahmad yang juga Menteri Besar berkata PAS akan membuat kajian kewajaran untuk memansuhkan peraturan itu. – HARAKAHDAILY 20/10/2015

Share on Myspace