Jerebu: PAS anjur ahlinya solat hajat

NASRUDIN HASSAN | .

INDEKS Pencemaran udara di negara kita makin runcing. Negara masih buntu untuk menanganinya dengan berkesan. Tahap kesihatan masyarakat juga terancam.

Justeru, PAS menganjurkan seluruh ahlinya segera mengadakan solat hajat di masjid, surau atau markaz tarbiyah di kawasan dan cawangan masing-masing, agar negara kita segera dibebaskan daripada musibah jerebu ini.

Berikut jawapan pihak kerajaan kepada soalan Nasrudin di Dewan Rakyat pada Isnin (19 Okt) berhubung isu jerebu.

Tuan Haji Nasrudin bin Hassan [Temerloh] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan hasil perbincangan dengan negara Indonesia (18-20 September 2015) untuk menangani jerebu.

JAWAPAN

Sebenarnya, perbincangan dengan negara Indonesia mengenai masaalah jerebu rentas sempadan telah ditangguhkan sebanyak dua kali iaitu pada 18 September dan 25 September 2015. Ia berikutan komitmen Menteri Lingkungan Hidup dan Kehutanan Indonesia yang diperlukan untuk menangani krisis jerebu di Sumatera dan Kalimantan pada masa tersebut.

Walau bagaimanapun, YAB Perdana Menteri telah mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo pada 11 Oktober 2015 di Jakarta Indonesia. Kedua - dua pemimpin antara lainnya telah bersetuju untuk memperkukuhkan kerjasama dalam penyelesaian masaalah jerebu merentas sempadan.

Ini termasuk cadangan oleh Malaysia bagi berkongsi kepakaran dalam pengurusan tanah gambut secara lestari seperti pembinaan telaga air tanah (tube well) bagi meninggikan paras air di kawasan tanah gambut supaya tidak terbakar semasa musim panas dan kering.

Presiden Joko Widodo juga telah menyatakan persetujuan untuk menghantar pegawai - pegawainya ke Malaysia bagi melihat kaedah Malaysia melaksanakan pencegahan pembakaran di tanah gambut khasnya melihat infra struktur pencegahan pembakaran di tanah gambut.

Sekian Terima Kasih. – HARAKAHDAILY 20/10/2015

Share on Myspace