LPT 2: 28 lokasi jalan beralun, tidak sekata

WAN MOHD FAIZUL WAN ABAS | .

Pemantauan dan kajian lapangan terhadap permasalahan Lebuh raya Pantai Timur 2 (LPT 2) telah dijalankan baru-baru ini oleh Sekretariat Bilik Gerakan Ganti (unit aduan orang ramai) pada hari Ahad 18 Oktober 2015 bermula 5.00 petang hingga 11.45 malam daripada susur masuk tol Gemuruh hingga tol Kijal.

Ganti terpanggil untuk membuat pemantauan dan kaji selidik di LPT 2 ini akibat dari terlalu banyak berlaku kejadian kemalangan maut yang setakat ini mengorbankan lebih 76 nyawa dan melibatkan hampir 2,000 kemalangan semenjak ia dibuka pada Ogos 2011.

Selain daripada faktor kecuaian manusia, punca utama berlakunya kemalangan ini adalah:

Permukaan jalan yang tidak sekata dan beralun. Antara jalan beralun yang dicatatkan di kilometer (KM) LPT 2 Gemuruh-Kijal:

i. KM 411.0,
ii. KM408.5,
iii. KM407.8,
iv. KM391.9,
v. KM355.1,
vi. KM354.3,
vii. KM353.6,
viii. KM352.5,
ix. KM351.6,
x. KM351.5,
xi. KM351.3,
xii. KM347.0,
xiii. KM346.5,
xiv. KM346.4,
xv. KM346.3,
xvi. KM344.0,
xvii. KM343.9,
xviii. KM342.1,
ixx. KM340.9,
xx. KM341.0,
xxi.KM340.2,
xxii. KM339.8,
xxiii. KM336.3,
xxiv. KM332.8,
xxv. KM328.7,
xxvi.KM323.0,
xxvii. KM394.8,
xxviii. KM288.0

Selain itu juga permasalah yang ketara dan amat membimbangkan juga kerana terdapat banyak pagar-pagar telah rosak dan terbuka. Keadaan ini amat berbahaya kepada pengguna LPT 2 ini kerana ianya membolehkan binatang liar dan haiwan ternakan seperti lembu memasuki laluan lebuh raya ini. Sebelum ini juga banyak kemalangan yang membabitkan pengguna lebuh raya yang melanggar binatang yang memasuki laluan jalan lebuh raya ini dan ada yang maut.

Ketiadaan papan tanda di kawasan yang kerap berlakunya kemalangan maut sebagai contoh 'AWAS! KAWASAN KEMALANGAN MAUT'. Dengan adanya papan tanda ini boleh mengingatkan pengguna agar lebih berwaspada dalam memandu.

Pencahayaan yang tidak mencukupi di kawasan yang berselekoh dan kawasan jejantas yang merentasi LPT 2 ini tidak diletakkan papan balik cahaya amat merbahaya kepada pengguna terutama pada waktu malam ketika hujan.

Banyak kes kemalangan dilaporkan berhampiran jejantas antara inilah antara puncanya. Antara jejantas yang dicatatkan adalah di KM356.6 dan KM340.9.

Jalur putih jalan tidak begitu jelas pada waktu malam dan penanda pembalikcahaya pada penghadang jalan kiri dan kanan lebuhraya ini banyak yang sudah rosak. Ianya amat berbahaya kpd pengguna terutama pada waktu malam.

Kelemahan dari segi teknikal dan faktor penyebab kemalangan di lebuh raya LPT 2 ini akan didedahkan kepada umum dalam bentuk laporan teknikal melalui siri-siri kajian lapangan yang akan diadakan dari semasa ke semasa.

Penambahbaik kualiti dan permasalahan yang ada di LPT 2 hendaklah dilakukan segera oleh pihak berwajib dan pihak YAB Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman untuk merealisasikan perubahan dalam negeri Terengganu dengan tema yang dibawa oleh beliau TTB.

Sehubungan itu, kami juga mendesak kontraktor yang terlibat dipanggil untuk memberi keterangan jika terbukti LPT 2 ini tidak mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh Lembaga Lebuh raya Malaysia (LLM) dan hendaklah dibawa ke muka pengadilan kerana telah menggugat keselamatan pengguna dengan mengheret mereka berdepan dengan maut LPT 2. - HARAKAHDAILY 21/10/2015

Penulis ialah Presiden Gerakan Anak Terengganu Insaf (Ganti)

 

Share on Myspace