Israel tahan anggota parlimen Hamas

HARAKAHDAILY | .

Pasukan Israel menahan seorang anggota parlimen Hamas di Beitunia Ramallah, semalam. Belum ada maklumat lebih lanjut mengapa beliau ditangkap pasukan Israel.

Pasukan keselamatan Palestin berkata, puluhan tentera Israel masuk ke rumah Hassan Youssef, 60, ketika awal hari. Mereka membawa beliau ke pusat penahanan terdekat.

Dikutip dari MaanNews, Youssef adalah anggota DPRD Palestin. Ia dibebaskan pada Jun 2015 setelah ditahan secara pentadbiran selama 1 tahun tanpa mahkamah.

Dia salah satu daripada ratusan warga Palestin yang ditahan pada Jun 2014 semasa kempen "Operasi Brother Keeper". Kebanyakan mereka yang ditangkap adalah ahli Hamas termasuk para pemimpin dan ahli-ahli Majlis Perundangan Palestin (PLC).

Menurut kumpulan hak banduan Addameer, empat ahli PLC tetap dipenjara pada September 2015 termasuk khalidar Jarrar, pemimpin Palestin yang bergabung di kumpulan pembebasan Palestin.

Beliau ditahan dari rumahnya di Ramallah pada April 2014, awalnya ia dihukum secara pentadbiran selama 6 bulan. Kerajaan Israel memberi 12 dakwaan terhadap aktiviti politiknya. (Islampos)

Share on Myspace